PERSATUAN USAHAWAN TEKNOLOGI DAN HARTANAH MALAYSIA(PUTEH)

03-02 BLOK A,

PEKAN FRANCAIS MARA PULAI

81110 SKUDAI

JOHOR DARUL TAKZIM

TEL:01116750311/0167310824

EMAIL:admin@puteh.my

PERSATUAN USAHAWAN TEKNOLOGI DAN HARTANAH BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR.

Syarikat kami menyediakan satu Program yang dicipta untuk membantu usahawan kecil dan sedarhana yang memerlukan laman web untuk promosikan perniagaan mereka atas talian, dalam masa yang sama ianya dapat menjana pendapatan sampingan yang boleh menjadi pendapatan utama dan membantu sesiapa sahaja yang mahu menjana pendapatan yang lumayan dengan menyertai program keusahawanan kami tawarkan. Kami turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi vendor/reseller kami.

Read More

PUTEH BERSAMA PENGARAH MARA NEGERI JOHOR

PROGRAM TERKINI PUTEH

Program SEMBANG PETANG KHAS UNTUK WANITA merupakan sebuah program yang di rancang bermatlamat untuk menghimpunkan usahawan-usahawan wanita samada usahawan atas talian (Online) mahupun tradisional (Offline), khususnya dari negeri Johor. Bertepatan dengan pemilihan tema untuk program ini iaitu “Beauty & Independence”, empat elemen utama iaitu Kesihatan, Kecantikan, Keselamatan dan Keusahawanan, akan disentuh dan dibincangkan dengan terperinci oleh barisan panel yang dihormati dalam bidang masing-masing. Program ini akan dimulakan dengan sesi Sembang Petang khusus untuk wanita bagi membincangkan isu-isu mengenai kesihatan, keselamatan dan keusahawanan. Pemilihan elemen ini adalah bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan sekaligus dapat menjadikan wanita untuk lebih berdikari (Independence). Elemen kecantikan pula akan disentuh secara praktikal iaitu dengan kelas-kelas tutorial seperti Kelas Solekan (Makeup) dan Kelas Hijabista. Ini adalah bertepatan dengan fitrah manusia terutamanya wanita, untuk kelihatan anggun dan menawan. Pendekatan secara praktikal dan tutorial ini akan menjadikan wanita lebih berketerampilan dan mempunyai tahap konfiden yang lebih tinggi di dalam penggayaan sesuatu gaya dan fesyen.

PROGRAM TERKINI PUTEH

Program BEAUTY & INDEPENDENCE Dinner 2015 ini memilih tema “Charming & Gorgeous”. PUTEH menjemput semua untuk hadir dalam majlis diatas . Para hadirin akan disajikan dengan pelbagai persembahan yang unik dan tersendiri. Antara pengisian yang dirancang untuk program BEAUTY & INDEPENDENCE DINNER 2015. Persembahan Kebudayaan, Peragaan Fesyen Lebaran (Modern and Contemporary) Penyerahan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim dan Ibu Tunggal, Anugerah Wanita Anggun. Anugerah King and Queen PUTEH. Cabutan Bertuah. Persembahan artis jemputan.

TENTANG KAMI

Persatuan Usahawan Teknologi Dan Hartanah Malaysia atau ringkasnya PUTEH ini telah secara rasmi didaftarkan pada Mac 2015 yang lalu. Tujuan penubuhan PUTEH ini adalah untuk menggabungkan dan menyatupadukan usahawan-usahawan dalam bidang teknologi dan hartanah di seluruh Negara dan mewujudkan jaringan perniagaan yang sihat antara satu sama lain. Selain itu, ahli-ahli PUTEH dapat merancang dan melaksanakan pebagai program yang dapat meningkatkan taraf perniagaan dan sosio-ekonomi mereka agar mampan dan berdaya saing. Sehingga kini, keahlian PUTEH adalah seramai 200 orang usahawan di seluruh Negara dan ahli sandaran PUTEH seramai 1,080 orang yang terdiri daripada individu atau bakal usahawan dan bakal ahli yang dibimbing oleh PUTEH.

Watch Video